Rabu, April 15

Chairi Malformation N Syringomyelia


Salam sejahtera kengkawan..

Nak tau apa yang ana katakan dalam catatan ana yang lalu..? Tentang Arnold Chairi Malformation with Syringomyelia..?? Ia suatu keadaan dimana .. Cerebelum(otak belakang manusia) jatuh memasuki ruang saraf tunjang di bahagian tulang belakang (pangkal tengkuk).. keadaan inilah yang disebut `Chairi' dan `Syringo' pula adalah.. saraf tunjang yang telah dimasuki cecair otak.. yang menyebabkan salah satu bahagian anggota badan seseorang menjadi lemah dan menghadapi masalah saraf yang serius..


Syimptom masalah ini adalah seperti sakit kepala di bahagian tengkuk.. lemah dan kebas terutamanya di keseluruhan bahagian tangan..dan tidak dapat membezakan rasa sejuk/panas.. tajam/tumpul.. jika diuji secara klinikal.. Penyakit ini juga hanya dapat dikesan melalui ujian MRI dibahagian kepala hingga pangkal peha.. Ia juga tidak dapat dikesan oleh doktor kalau.. kita hanya berdiam diri saja..tanpa menceritakan kepada doktor masalah kesihatan kita.. Xray dan CT Scan juga tidak dapat mengesan penyakit ini.. Dan kos MRI sebegini berjumlah RM950.00.. sessi MRI biasanya mengambil masa 45 minit..
(itupun jika kita tidak menghadapi masalah semasa proses MRI dijalankan)


Imej illustrasi yang ana paparkan ini adalah proses pembedahan sebenar yang telah ana jalani.. Pembedahan ini biasanya akan mengambil masa hampir 4jam 30minit.. dan risikonya adalah lumpuh dibahagian pinggang kebawah..

Ahad, April 5

Redhai segala anugerahNya


Assalamualaikum.. semua..

Semalam .. atas izinNya dapat ana meluangkan masa melawat kawan sebumbung yg terlantar di Hospital Ampang.Wlw matahari dah rembang petang.. ana ber4 dinasihatkan bergilir2 masuk melawat memandangkan kawan sebumbung ana nii baru jer selesai sessi kimoterapi.. Tempoh ini memang memerlukan perhatian dari segi kebersihan kesihatan pelawat.

Semasa bersamanya dalam tempoh 5 minit tuu.. ana hanya mampu membacakan surah Al-fatihah.. bukan apa..cuma tergamam melihat perubahan dirinya yg mendadak sebegitu. Masa yg singkat itu juga ana manafaatkan sebaik2nya memberi galakan semangat dan pesanan agar sentiasa mengingatiNya dan mengamalkan zikrullah yg mudah..

Dua tahun yg lalu.. pada tarikh yg sepatut meraikan ulang tahun kelahiran suami yg ke 47.. hari itu 29hb Mei 2008.. ana dikejutkan dengan kehilangan seorang sahabat akibat Barah Otak .. yg telah menyerangnya kurang dari setahun sebelumnya.. Sekarang ana dikejutkan lagi dengan keadaan yg hampir sama risikonya..

Keadaan ini mengingatkan ana ketika ana dirawat sebagai pesakit `TB Tulang Belakang' dan dalam masa yg sama ana juga mengidap penyakit `Arnold Chairi Malformation' with `Syringo Myelia'.. suatu keadaan di mana otak belakang (Cerebelum) jatuh dan memasuki rongga tulang belakang dan juga keadaan saraf tunjang yg mengandungi cecair otak ..

Dalam tempoh selepas pembedahan yg dilakukan di bahagian belakang kepala hingga bahagian tengkuk itu merupakan suatu tempoh yg amat menguji kesabaran ana sebagai hambaNya.. Hanya semangat kental dan doa dari suami dan anak2 juga kawan2.. menjadikan ana lebih cekal mengharungi kesakitan ketika itu..

Namun.. ana amat bersyukur kepadaNya kerana Dia masih memberi peluang kepada ana untuk melihat kebesaranNya dan merasai Kasih SayangNya.. serta diberi ruang sementara di dunia ini untuk terus mengabdikan diri sebagai hamba yg diredhai..

Khamis, April 2

DihatiSuri

Assalamualaikum.. salam kesejahteraan buat kengkawan ana semua.. Dah lama x menjengah halaman DiaryAna.. Patut macam ada yg x kena jer.. Apa tidaknya semenjak 2 menjak nii asyik ada jer halnya.. keluar selepas dhuha balik dah `asar.. penatlah yg menyebabkan ana terrlupa nak menyiapkan apa yg belum siap.. Sebenarnya bukan penat jer yg menjadikan ana rasa x larat nak mengadap komputer tua nii.. tapi.. akibat dos `neurontin' yang `memamaikan' kepala.. dah terrrpaksa..

Namun.. ana bersyukur pdNya.. kepayahan ana nii dikongsi bersama seorang insan yg mulia di hati ana.. Beliaulah tangan kanan dan kiri serta tulang belakang ana selama ana hidup bersamanya sejak 15tahun ini.. Beliau ana anggap penawar keperitan.. walaupun hakikat sebenarnya beliau `seorang insan istimewa' di mata dunia..!!

Sekiranya kengkawan seorang suri.. apakah dapat kengkawan terima dalam kewarasan yg sempurna.. `seorang insan istimewa' .. yg hanya melalui mata hatinya.. mengurus segala kebajikan surinya.. sesempurna air tangan insan yg sempurna??
Bukan riak dalam suratan Illahi.. tapi bersyukur.. AnugerahNya cukup memberi keinsafan di hati.. Betapa kerdilnya diri ini..bila menginsafi.. kita hanya dicipta untuk melihat Kebenaran dan Kebesaran Yg Maha Pencipta.. Renungkanlah..