Jumaat, Mac 27

Suri dihati ana


Bersua kembali.. x sedar masa berlalu begitu cepat.. dah hampir seminggu x dapat menjenguk DiaryAna. Bukan apa.. cuma sibuk dengan tugas2 suri yang x pernah henti..

Bila bercakap pasal kesibukan tugas2 sebagai suri ni.. teringat ana akan ibu yang dah lama pergi.. Semasa hayatnya .. analah teman ibu tempat meluah perasaan yang melara di lubuk hati.. analah teman bualan untuk berkongsi cerita.. samada hal semasa.. hal kehidupan sebagai hambaNya.. juga pengalaman2 silamnya ketika muda.. yg banyak meredah ranjau era jajahan bangsa asing.. bersama suami yang bergelar `Pejuang Bangsa' ..

Kenangan bersama ibu..banyak memberi panduan dan pengajaran berharga. Sebagai manusia.. kita mesti sedar dan ingat bahawa segala yang ada hanya pinjaman sementara dari Yg Kuasa.. Tanggungjawab yang diamanahkan pd setiap insan yang bergelar `HambaNya' wajib ditunaikan dengan seikhlas ikhlasnya..

Ingin ana kongsikan pesan ibu dgn kengkawan semua.. `Selagi jasad bernyawa.. tanggungjawab kita padaNya bagaikan sedetik lagi kita dijemput pergi menghadapNya.. Bagaimana akibatnya jika kita mengabaikan amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai seorang hamba yang lahirnya di dunia ini atas ciptaanNya dan izinNya.. Fikirkan dgn mata hati..' itulah kata2 ibu yang amat berharga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan