Ahad, April 5

Redhai segala anugerahNya


Assalamualaikum.. semua..

Semalam .. atas izinNya dapat ana meluangkan masa melawat kawan sebumbung yg terlantar di Hospital Ampang.Wlw matahari dah rembang petang.. ana ber4 dinasihatkan bergilir2 masuk melawat memandangkan kawan sebumbung ana nii baru jer selesai sessi kimoterapi.. Tempoh ini memang memerlukan perhatian dari segi kebersihan kesihatan pelawat.

Semasa bersamanya dalam tempoh 5 minit tuu.. ana hanya mampu membacakan surah Al-fatihah.. bukan apa..cuma tergamam melihat perubahan dirinya yg mendadak sebegitu. Masa yg singkat itu juga ana manafaatkan sebaik2nya memberi galakan semangat dan pesanan agar sentiasa mengingatiNya dan mengamalkan zikrullah yg mudah..

Dua tahun yg lalu.. pada tarikh yg sepatut meraikan ulang tahun kelahiran suami yg ke 47.. hari itu 29hb Mei 2008.. ana dikejutkan dengan kehilangan seorang sahabat akibat Barah Otak .. yg telah menyerangnya kurang dari setahun sebelumnya.. Sekarang ana dikejutkan lagi dengan keadaan yg hampir sama risikonya..

Keadaan ini mengingatkan ana ketika ana dirawat sebagai pesakit `TB Tulang Belakang' dan dalam masa yg sama ana juga mengidap penyakit `Arnold Chairi Malformation' with `Syringo Myelia'.. suatu keadaan di mana otak belakang (Cerebelum) jatuh dan memasuki rongga tulang belakang dan juga keadaan saraf tunjang yg mengandungi cecair otak ..

Dalam tempoh selepas pembedahan yg dilakukan di bahagian belakang kepala hingga bahagian tengkuk itu merupakan suatu tempoh yg amat menguji kesabaran ana sebagai hambaNya.. Hanya semangat kental dan doa dari suami dan anak2 juga kawan2.. menjadikan ana lebih cekal mengharungi kesakitan ketika itu..

Namun.. ana amat bersyukur kepadaNya kerana Dia masih memberi peluang kepada ana untuk melihat kebesaranNya dan merasai Kasih SayangNya.. serta diberi ruang sementara di dunia ini untuk terus mengabdikan diri sebagai hamba yg diredhai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan