Rabu, April 15

Chairi Malformation N Syringomyelia


Salam sejahtera kengkawan..

Nak tau apa yang ana katakan dalam catatan ana yang lalu..? Tentang Arnold Chairi Malformation with Syringomyelia..?? Ia suatu keadaan dimana .. Cerebelum(otak belakang manusia) jatuh memasuki ruang saraf tunjang di bahagian tulang belakang (pangkal tengkuk).. keadaan inilah yang disebut `Chairi' dan `Syringo' pula adalah.. saraf tunjang yang telah dimasuki cecair otak.. yang menyebabkan salah satu bahagian anggota badan seseorang menjadi lemah dan menghadapi masalah saraf yang serius..


Syimptom masalah ini adalah seperti sakit kepala di bahagian tengkuk.. lemah dan kebas terutamanya di keseluruhan bahagian tangan..dan tidak dapat membezakan rasa sejuk/panas.. tajam/tumpul.. jika diuji secara klinikal.. Penyakit ini juga hanya dapat dikesan melalui ujian MRI dibahagian kepala hingga pangkal peha.. Ia juga tidak dapat dikesan oleh doktor kalau.. kita hanya berdiam diri saja..tanpa menceritakan kepada doktor masalah kesihatan kita.. Xray dan CT Scan juga tidak dapat mengesan penyakit ini.. Dan kos MRI sebegini berjumlah RM950.00.. sessi MRI biasanya mengambil masa 45 minit..
(itupun jika kita tidak menghadapi masalah semasa proses MRI dijalankan)


Imej illustrasi yang ana paparkan ini adalah proses pembedahan sebenar yang telah ana jalani.. Pembedahan ini biasanya akan mengambil masa hampir 4jam 30minit.. dan risikonya adalah lumpuh dibahagian pinggang kebawah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan