Khamis, April 22

Salam persahabatan..salam silaturrahim..

Assalamualaikum..

Ape kabar kengkawan semua.. Macam baru tersedar dari tidur lena yang panjang pulak rasanya.. Apa tidaknyaa.. da setahun rupanya ana tak mengemas kini ruangan DairyAna nii.. Beginilah jadinya jika waktu lapang sebelum waktu sibuk dan masa ingat sebelum masa lupa yang kita pinjam sedang ditarik secara perlahan lahan olehNya tanpa kita sedari..

Cepat sangat masa berlalu.. setahun macam sebulan dua jer.. secara tak sedar juga kita sedang diuji olehNya tentang betapa berharganya setiap detik yang mendatang.. Ia juga mengingatkan ana tentang usia yang kian menjelang petang.. Walau ana tahu ajal tiba tak kira usia..namun ana bersyukur kerana Dia masih memberikan ana ruang untuk menikmati udara dan matahari serta limpahan rezeki yang berkah yang tidak pernah henti.. Biar pun nampak tidak semewah mana..tapi sentiasa mencukupi..

Kudrat yang ana miliki bukan hak hakiki.. sihat dan sakit adalah rutin silih berganti yang perlu ditempuh setiap hari.. bila sentiasa bermuhasabah diri pasti kita pasrah bahawa bukan diri kita saja yang diuji begini..

Sebenarnya.. semua jenis bentuk kehidupan yang kita lalui di dunia ini adalah suatu anugerah yang mempunyai rahsia yang tidak kita ketahui.. Justeru dalam anugerah ini juga kita semua sedang diuji samada menghargai atau merungutinya..

Yang pasti.. Ana sentiasa memohon agar Dia sentiasa menerima do'a ana moga diri yang serba kekurangan ini sentiasa bersyukur atas segala pemberianNya dan sentiasa berada di bawah lindungan taufiq dan hidayahNya.... Aamiiiin..

1 ulasan: